16 November 2010

Selamat Pengantin Baru Gee & Fendi Part 2

Alkisah pada keesokan harinya, tanggal 13/11/2010 hendak dijadikan cerita maka berlangsunglah sebuah majlis untuk meraikan perkahwinan Gee & Fendi. Bende yang paling aku teruja nak tengok dalam majlis nih - pengantin berarak bawah pedang. Biase la kan, bukan selalu tengok. Aku ni pun 1st time dpt peluang. Jadi xhairanla kalau aku lagi bersungguh amik gambar pedang dari gambar pengantin. Hehe.. Rileks la Gee, kamera xpakai filem, bole amik gambar banyak2..

Yang tak bestnye cuaca panas terik sepanjang perarakan tu. Cahaya matahari sangat kuat menyebabkan contrast yang sangat ketara antara kawasan yang kena cahaya dengan shadow. Aku pun terkial2 la nak adjust power flash utk guna teknik fill flash, guna built-in flash. Hasilnya... haremm. Gambar blown, overexposed. Sambil2 nak carik setting yang elok orang berarak dh sampai depan pintu pun. Cess.. Ngape la xterfikir waktu tu nk guna Active D-Lighting. Tu la kalut sangat nk adjust flash. Nekad, dapat duit claim bulan 9 aku nak sambar sebijik YN560. Insya Allah.

Atas alasan tersebut, shot yang aku amik hari ni tak banyak yang menarik. Harap2 lepas touch up sikit2 dapat la amaun gambar yang boleh dibanggakan. Apa pun aku tetap berpuas hati sebab dapat hadiri majlis ni di samping dapat ilmu baru - jangan terkial2 bawah panas tapi 1 gambar pun xdapat. Sebenornye dah banyak kali dah jadik macam ni, bukan bawah panas je macam2 keadaan yang berbeza. Namun setiap pengalaman memberi pengajaran. Orang kata kita lagi cepat belajar daripada kesilapan berbanding kalau xbuat silap.

Gambar... tunggu!!

15 November 2010

Selamat Pengantin Baru Gee & Fendi



Alhamdulillah, tanggal 12/11/10 (9,8,7,6....) bestpren kitorang, Kapt. Rozita Hanim telah selamat diijab kabulkan dengan jejaka pilihannya, Nor Afendi. Majlis akad nikah dilangsungkan secara sederhana di Masjid Kg. Musa, Kuala Nerang, Kedah.

Seperti yang dirancang, kami anak-beranak bersama-sama sekumpulan anak tempatan yang dianggotai oleh Syah, Abg. Long & Tim bergerak dari Jitra ke sasaran berpandukan GPS serta kad jemputan. Dengan izin Allah, sempat jugak kami sampai on time (on time la sangat, sampai2 pengantin laki dah ready nak salam tok kadi dah.. hehe). Jadi aku selaku jurugambar tak rasmi dibantu Syah merakamkan detik-detik manis pasangan mempelai ni. Amik gambar dulu, caj ke xcaj belakang kira... hehehe...

Saat ditunggu telah tiba. Debaran kian terasa..

"Aku terima nikahnya.. Eh silap, aku nikah akan dikau.."

Alalala.. tersipu-sipu.. Comel la tu?

Alhamdulillah, selamat akhirnya. Sempat la nak pegi toilet kejap lagi.

Wajah ayah kedua-dua mempelai. Serius nih.

Baca betul-betul bro, karang ade terselit cek kosong pulak.

Jurugambar: "Op.. op.. berenti macam tu. Stay 2 minit, nak amik gambar."
Pengantin: "Udah la tu, dah nak krem tangan nih. Gaya lain la pulak."

Ewah ewah, cincin pun duduk atas pelamin!

"Ni sarung depan kamera je tau, sat lagi pulang balik kat saya na.. Dua-dua saya punya."

Antara shot yang paling aku suka.

Kurr.. kurrr..

Barisan pelakon utama.

Posing bukan main, tadi terketaq-ketaq. (Nota: Saya tiada dalam gambar)

"Syok pulak akad, rase macam nak try 2nd time"

"Pengantin tak pengantin, yang penting saya dah rasmi ini katil. Wahahaha!"


10 November 2010

Kisah PSU lapor diri

Alhamdulillah, setelah sekian lama menanti, Studio Kreatif Amyrad akhirnya menerima staf baru. Cooler Master Real Power Pro 650W, itulah nama diberi. Beliau akan menggantikan tugas PSU lama, i-Cute 450W yang telah menabur bakti sejak tahun 2005, yang juga merupakan staf paling lama berkhidmat dengan studio Amyrad. Maka dengan pertukaran ini bermakna tiada lagi komponen asal wujud dalam casing sekarang ni. Eh, ada lagi la, IDE cable, monitor... Sori, xperasan..

Niat untuk tukar PSU ni memang dah ada lama dah. Niat tu timbul apabila setiap kali terpegang casing, sentuhan itu akan diiringi oleh bunyi cretzz pada kawasan sentuhan diikuti dengan rasa sakit yang mencucuk2. Maka wujudlah teori yang menjangkakan bahawa 'pc dah short.' Siapa lagi yang harus dipersalahkan selain daripada organ paling tua yang wujud dalam badan pc nih - PSU. Selain dari mengeshortkan tangan, beberapa komponen lain spt. hard disk dan dvd rom turut rosak, disyaki angkara durjana yang sama.

Namun niat hanya tinggal niat. Setiap kali pergi ke Lowyat atau kedai2 sewaktu dengannya, adalah jugak mata dok mengusha2 harga PSU. Yang murah RM70, atas sikit RM300. Pelik, jauh benar harganya. Takde ke yang harga 100+? Bila pikir balik kalo beli PSU bukan boleh tambah storage ke, tambah speed ke, grafik ke. Pakai je la yang lama tu dulu. Itulah pemikiran ku seketika dahulu...

Tapi baru-baru ni aku tak tahan lagi dah. Komputer asyik blue screen aje. Paling 10sen bile tengah2 buat keje dah bayak, belum sempat save dah monitor pasang kaler tema Chelsea. Memang la aku minat Chelsea tapi xsesuai la pulak. Kira acapkali jugak la aku menjelepukkan kepala bawah bantal akibat ketensenan yang xdapat dibendung. Bini aku sengih je la pasal konfom aku tido awal malam tu pasal malas dah nak sambung balik keje.

Aku pun google2 la problem nih. Mula2 aku ingatkan RAM problem. Maka aku pun ubah la kedudukan RAM dari 1-2 kpd 1-3 (ada 4 slot), pastu try pakai 1 keping je dan pada slot2 yg berbeza. Nyata tidak berbuah sebab ni bukan pokok. Surf punya surf punya surf maka terjumpa pulak fatwa yang jangka masalah ni mungkin disebabkan PSU yg xsesuai. Aku pun baca la detail sikit pasal PSU. Baru aku tau bodo lagi rupanya aku pasal PSU. Tu la orang kata, makin byk kita belajar makin kita tau yang kita ni bodoh. So kalo sape2 yang mengaku dia pandai tu mungkinkah disebabkan dia belajar xbanyak??? (Teliti tafsir ayat kursi).

Simptom2 akibat ketidakserasian PSU dengan sistem akan menyebabkan ketidakstabilan sistem (ada), komponen rosak (ada) dan lain2 (ada jugak). Aku cek power PSU yang septutnya dipakai oleh sistem aku kat PSU Calc, hasilnya sistem aku perlukan 550-600W, walhal PSU waktu tu 450W. Kesian kan dia? Camana la hidup dia selama ni. Jadi elok sgt la dia bersara, bole rehat.

Aku beli PSU baru ni dari sorang mamat kat forum lowyat. Barang 2nd hand tapi berfungsi dengan baik. Harga sgt berpatutan dan mamat nih dapat banyak feedback baik kat forum tuh. Aku pun rekomen jugak kpd sape2 yang nak beli. Dia da 650W & 750W. Sedikit info pasal PSU mungkin akan aku kongsi dalam post akan datang (ntah bile lg aku nk menaip).

Moral of the story - Carilah ilmu. Sesungguhnya ilmu Allah tersangatlah luas, kalau nak dihimpunkan semua ilmua makhluk pun xkan dpt menyamai secebis ilmu Allah. Apa ilmu yang kita dapat pun adalah atas keizinan Allah, jadi janganlah kedekut ilmu, x ke mana pun..  "...dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya..." (al-Baqarah ayat 255 / ayat kursi)

Kamus: PSU - Power Supply Unit; RAM - Random Access Memory, ko jangan buat2 xtau la... yang melekat kat motherboard yang org cakap 1 gig 2 gig tu la.

10 Oktober 2010

Montaj Wedding Afriza & Firdaus Khan

 

Alhamdulillah, selesai 1 lagi task aku. Ni kire montaj ke-2 aku buat utk wedding tahun ni.

Tajuk: Rabne Bana Di Jodi (Allah Has Made Life Partners)
Jangka masa: 10 minit 15 saat
Format: AVI & MPEG2
Perisian yang digunakan: Power Director 8, Swish Max 3, Adobe Photoshop CS3
Masa digunakan untuk menyiapkan montaj: Lebih kurang 1 bulan.
Rating sendiri: 4.6 (Berdasarkan kemampuan pada masa ini)
Rating client: Ntah, kalo dia terbaca blog ni harap dia boleh komen. (tapi kalo komen negatif aku tapis, hehehe)

Video ni lebih dari 10 minit so xboleh upload ke youtube.

Snapshot video















Sebalik tabir


Montaj ni dibuat dalam keadaan aku yg penuh stressfull (penuh dengan full tu sama maksud.) Bukan disebabkan montaj ni tapi byk bende yang mengganggu sanubariku terutama hujung2 bulan ni. Stress yang cukup utk menyebabkan stress ulcer aku yg dh lama kena ni datang balik (balik raya la kononnye tu). So lepas habis task ni aku harap aku boleh fokus utk berhadapan dgn stress ini. Semoga Allah bgi kekuatan, insya Allah.

Perasmian Blog Amyrad Design

Gambar ihsan, jumpa dalam Google image

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua yang hadir. Terima kasih atas kesudian para hadirin untuk meluangkan masa turut sama dalam upacara perasmian blog ini. Silalah jamu selera dengan juadah yang ade di sekeliling tuan2 dan puan2 ye. Jangan malu, jangan segan.

Memandangkan ni blog saya yg pertama, saya dengan rasa rendah diri memohon maaf sekiranya banyak yang terkurang. Harap dapat beri banyak tunjuk ajar dan sokongan. Memandangkan saya tak minat menaip apatah lagi membaca maka doakanlah blog ni mempunyai entry2 yang cukup untuk dipanggil blog.

Objektif blog ni dibuat tidak lain dan tidak bukan untuk menghimpunkan hasil2 karya Amyrad™ untuk santapan mata saudara-saudari sekelian. Saya bukanlah orang seni jadi karya2 saya ni dibuat sekadar yang termampu. Ade yang boleh mengembangkan lubang hidung, ade jugak yang boleh menyumbatkan lubang jamban.

Kalo saya rajin mungkin saya akan selitkan sikit2 tips yang saya dapat sepanjang berdamping dengan dunia  digital, xkira la designing ke, troubleshoot komputer ke, ape2 je la. Semoga ilmu yang saya bakal kongsi dapat memberi manfaat kepada orang ramai. Tapi haruslah diingat, saya malas menaip, maka kalo blog ni hambar janganlah pelik arakiannya..

Sekian, wabillahi taufiq wal hidayah. Sesungguhnya yang baik datang daripada Allah, yang buruk adalah atas kelemahan saya sebagai seorang hamba. Kita hanya mampu merancang dan berusaha, tetapi kepada Allah lah kita memohon kerana Dialah yang Maha Berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu.

Wassalam.

09 Oktober 2010

Jemputan ke Majlis Perasmian Blog

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia,

Merujuk kepada perkara di atas, saya selaku tua rumah menjemput tuan-tuan dan puan-puan sekalian untuk hadir ke majlis perasmian blog ini. Majlis tersebut akan berlangsung pada masa dan tempat seperti berikut:

Tarikh: 10 Oktober 2010
Masa: 10.10 pagi
Tempat: Depan komputer masing-masing.
Pakaian: Formal, lengkap dengan tali leher dan kasut kulit (bagi yang mampu)

Tuan-tuan dan puan-puan digalakkan membawa makanan sendiri.

Sekian, terima kasih.